Program Imfak Tong Kitar Semula

Masjid Istiqamah Kampung Sri Langkas

23 April 2021, Jumaat – Program infak penyerahan Tong Kitar Semula di Masjid Al-Istiqamah, Kg Sri Langkas, Puchong. Program kerjasama bersama SWCorp dengan Syarikat DSME Waste Management dan dimulakan dengan tazkirah ringkas oleh Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Tuan Mohd Zahir bin Shari sebelum bermula khutbah dan Solat Jumaat. 

Objektif Program: 

1. Membudayakan masyarakat untuk kitar semula, menyelamatkan dan memakmurkan Alam Sekitar. 

2. Menanam sifat rasa cinta dan cakna terhadap tempat sekeliling. 

3. Kempen Sampah Menjana Pendapatan juga diberikan sebagai inisiatif menyemarakkan kempen kitar semula, sekaligus menjadikan kampung tradisi zon 12 lebih selamat dan lebih bersih.