Program Imfak Tong Kitar Semula

Masjid Kampung Aman

16 April 2021, Jumaat- DSME Waste Managemant Sdn Bhd bersama SWCorp  diteruskan lagi dengan memperkasakan Program Kitar Semula di Masjid Kg Seri Aman, Puchong melalui serahan tong kitar semula untuk aktiviti Trash to Cash yang berkonsep amal jariah.  

Pihak DSME berharap melalui program ini orang awam boleh menyumbang barang kitar semula serta minyak masak terpakai ke masjid dan hasil jualan barang kitar semula tersebut akan diinfak ke tabung masjid. Selain itu juga, pihak DSME berharap agar kerjasama ini akan diteruskan di lokasi masjid-masjid yang lain demi memperkasakan pelbagai program amal kitar semula dan 3R yang bakal memberi faedah kepada komuniti masjid setempat.